Sunday, November 22, 2015
Pemimpin DAP, PKR Diminta Nasihat Teresa Kok Dan Nurul Izzah
PETALING JAYA : MCA menggesa pemimpin DAP dan PKR untuk menasihati Teresa
Kok dan Nurul Izzah Anwar untuk berhenti memberi perhatian kepada
kumpulan pengganas yang pernah menceroboh Sabah dan melakukan kekejaman.
Pengerusi Biro Kerharmonian MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata,
kedua-dua wanita 'sesat' itu perlu berhenti daripada terus mengguris
hati rakyat Sabah dan perasaan keluarga anggota keselamatan yang
terbunuh dalam kejadian pencerobohan tersebut.
"Pemimpin PKR dan DAP perlu berhenti membuat kenyataan yang salah dan
memberi ruang kepada keluarga pengganas Sulu untuk membuat dakwaan yang
bertentangan dengan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan
pada Sabtu.
Ti berkata demikian berikutan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah dari PKR yang mengiktiraf Jacel Kiram sebagai entiti politik.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula mendakwa kisah pencerobohan Lahad
Datu yang mengorbankan banyak nyawa oleh pengganas berkenaan sebagai
kisah lama dan tidak serius.
Beliau berkata, tindakan Kok itu amat memalukan.
"Kami menuntut mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa.
"Mereka juga perlu menarik balik kenyataan yang memalukan dan mengguris hati rakyat Malaysia itu," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment