Monday, November 30, 2015
Parti PKR Memang Tak Boleh Pakai...... PKR Sepang Minta RoS Siasat Kesahihan Perwakilan Ke Kongres PKR
PUTRAJAYA : Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang,
Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)
menyiasat kesahihan 10 anggota yang mewakili cabangnya ke Kongres
Nasional ke-11 parti itu yang berakhir semalam.
Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan
beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di
Kuala Langat pada 19 September lalu berikutan masalah pembentangan
laporan kewangan.
Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila
pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan
kewangan tersebut setelah bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan
termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.
Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau
mendakwa telah diusir keluar oleh beberapa anggota jawatankuasa PKR
Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat,
katanya selepas menghantar memorandum kepada RoS, di sini Isnin.
Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah
dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga
adalah tidak sah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment