HULU LANGAT : Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berkata, tindakan Dap memecat 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari parti Pas adalah satu masej kepada rakan sekutu mereka yang lain agar terus tunduk dan patuh kepada ‘perintah’ mereka.
Jelasnya, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga seharusnya sedar bahawa ini adalah satu signal agar PKR juga tidak terkecuali akan disingkirkan jika enggan menurut kata.
“Sekarang ini Dap berbaik dengan PKR hanya kerana berkepentingan. Sama macam Pas dahulu. Bila Pas dirasakan tidak diperlukan lagi maka parti itu dibuang macam sampah.
“Pas juga harus sedar diri dan jangan terus membiarkan maruah mereka dipijak. Di Pulau Pinang mereka di buang, berkerat rotan tapi di Selangor Dap sanggup bersama Pas.
“Kerana apa? Kerana ia medato johanmpunyai kepentingan politik kepada parti Dap. Jika Dap benar-benar tidak mahu bekerjsama dengan Pas sudah pasti mereka akan putuskan hubungan tidak kira di negeri manapun. Mana boleh pilih-pilih… Di sana buang, di sini simpan pula,” ujarnya.
Tambah Johan, beliau amat berharap agar rakyat sedar dan nampak betapa kotornya politik yang dimainkan oleh Dap ini.
“Kepada rakyat yang masih tidak nampak taktik Dap ini tolonglah buat sedikit kajian sikap. Dek kerana terlalu bencikan Barisan Nasional (BN) mereka akan gunakan apa sahaja taktik termasuk mempergunakan rakan politik sendiri.
“Inilah yang menimpa nasib Pas dan tidak mustahil PKR dan Amanah akan menerima nasib yang sama. Saya ingin bertanya kepada rakyat, apa sangat yang hendak di puji Dap ini.
“Jika kita lihat di Pulau Pinang pun tiada apa yang boleh dibanggakan. Mereka hanya sibuk dengan projek mega seperti terowong bawah laut yang hanya membazirkan duit rakyat,” katanya lagi.
Oleh itu beliau menyeru kepada semua rakyat agar buka mata dan berubah.
“Kita harus fikir masa hadapan dengan lebih jauh dan ia harus dijaga dengan lebih baik,” tambahnya.
Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap sebelum ini mengesahkan telah memecat 300 ahli JKKK termasuk wakil dari parti Pas yang didakwa tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri sudah melakukan proses semakan terhadap senarai ahli JKKK sedia ada termasuk menamatkan perkhidmatan ahli JKKK dari Pas yang dikesan tidak sealiran dengan semangat Pakatan Harapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment