Sunday, November 29, 2015
Azmin Dakwa Selangorkini Palsu Didalangi UMNO-BN, Sikit Sikit UMNO.. Sedangkan Itu Dari Berita MalaysiaKini... Bangangnya Azmin Ni
SHAH ALAM : Susulan penyebaran akhbar Selangorkini palsu yang menghentam
pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, beliau mendakwa
ia disebarkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau yakin ia tidak dilakukan pihak pembangkang.
"Saya rasa ia merupakan langkah terdesak daripada Umno dan BN yang cuba untuk memperlekehkan pentadbiran di Selangor.
"Mereka tidak boleh menerima hakikat, mereka tidak boleh menghadapi
orang-orangnya. Mereka cuba mengendalikan beberapa roadshow untuk
menjelaskan isu-isu tetapi tiada sesiapa yang kisah untuk mendengarnya
dan kini mereka mula mengedarkan Selangorkini," katanya kepada pemberita
selepas Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Shah Alam, Selangor hari
ini.
Akhbar edisi 13-20 November itu turut disangkal Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin semasa ucapannya.
Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah "Kenaikan
tarif air melampau" yang "ditulis "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim”,
"Khalid lebih baik daripada Azmin – Adun DAP", "Wan Azizah cuba
digulingkan?".
Akhbar palsu itu turut melaporkan "kartel Azmin" dikatakan akan
melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment