Monday, November 30, 2015
Panasss !!!! Hampir 100 Penyokong Husam Berhimpun Depan Ibu Pejabat PAS
KUALA LUMPUR : Hampir 100 orang dipercayai penyokong ADUN Salor, Datuk
Husam Musa hadir menzahirkan sokongan mereka di luar Ibu Pejabat PAS,
ketika ini.
Husam hari ini dilaporkan akan hadir untuk memberikan penjelasan kepada
Dewan Harian PAS Pusat bersabit dakwaannya Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti itu
dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Penyokong yang hadir dilihat menaikkan plakad 'pray for Husam', 'rakyat
Salor sokong DHM', 'pemuda Pasir Tumboh bersama YDP', 'moving forward
DHM' dan lain-lain.
Husam sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan pengakuan
Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN ketika krisis
pelantikan Menteri Besar Selangor pada 2014.
Hadi juga dikatakan menawarkan kepada wakil rakyat PKR untuk menyertai
mereka dan membentuk kerjasama dengan Umno-BN di Selangor, ujar Husam.
Hadi ketika hadir dalam satu majlis di Shah Alam minggu lalu
menjelaskan, cadangan kerajaan perpaduan itu memang wujud tetapi ia
tidak melibatkan hanya Umno-BN dan PAS, tetapi kesemua parti politik di
negara ini.
Pendedahan Husam itu juga menyaksikan beberapa pimpinan tertinggi PAS
bangkit dan mempertahankan Hadi termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS,
Datuk Mustafa Ali.
Mustafa kemudiannya mencabar Husam berdebat namun dihalang Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Kata Takiyuddin, isu tersebut akan diselesaikan secara dalaman dan tidak akan dibuat secara terbuka.
Ia demi menjaga kemaslahatan dan mengelakkan isu itu daripada dimanipulasi seteru politiknya, tambahnya.
PAS sebelum ini menetapkan 24 November untuk Husam hadir dan memberikan penjelasan bersabit tuduhannya.
Namun pada tarikh itu, Husam memaklumkan beliau berada di luar negara atas tujuan perubatan.
Pertemuan itu kemudiannya ditunda ke hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment