Sunday, November 22, 2015
Guan Eng Kurang Ajar.. PKR Akan Ikut PAS Jadi Pembangkang Di Pulau Pinang?
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang amat kecewa terhadap tuduhan YAB
Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa 5 Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Keadilan memihak kepada UMNO adalah tidak wajar.
Tuduhan tidak berasas ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang Ketua
Kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.
Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas
lebih 2, 600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk
sewenang- wenangnya menuduh ADUN KEADILAN memihak kepadaUMNO.
5 ADUN Keadilan yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan
pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati.
Mereka juga bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN
Keadilan adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau
Pinang.
Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya lebih memandang
serious terhadap ADUN Tanjung Bungah dari Parti DAP yang terang -
terangan menyokong usul tersebut sewaktu undian dijalankan dan memihak
kepada UMNO yang menjadi pembangkang di dalam DUN Pulau Pinang sebelum
membuat tuduhan melulu dengan melabel ADUN Keadilan memihak kepada UMNO.
Oleh yang demikian, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua
Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Lim Guan Eng menarik balik tuduhan yang
dilemparkan serta memohon maaf atas ketelanjuran beliau membuat tuduhan
melulu terhadap 5 ADUN Keadilan secara terbuka.
Sekian,
Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Pulau Pinang
22 Nov 15
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment