Thursday, November 12, 2015
Memang Tabiklah !!!! Kondo Mewah : Jangan Khianati Amanah Penduduk Kepada BN - Johari Ghani
KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didesak untuk memberi penjelasan berhubung
dengan cadangan pembinaan kondominium mewah di Kampung Datuk Keramat
yang berharga hampir RM 1Juta seunit di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, penjelasan
tersebut dituntut selepas wujud kekeliruan di kalangan penduduk Datuk
Keramat berhubung cadangan pembinaan tersebut.
"Saya hendak mendapatkan alasan kenapa dan sebab apa tanah yang
sepatutnya dicadangkan untuk Projek Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) kenapa tidak tawarkan kepada PR1MA untuk bangunkan kawasan
tersebut.
"PR1MA tidak ditawarkan tanah ini, sedangkan semasa hendak dapatkan
tanah ini alasan untuk membuat PR1MA, premium yang dibayar pun selepas
pertimbangan alasan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas
Program Taklimat Khas bersama Penduduk Datuk Keramat di sini hari ini.
Johari menjelaskan, tanah yang dicadangkan tersebut merupakan tanah milik kerajaan dan bukannya milik syarikat swasta.
Katanya, atas sebab itu pihak Kementerian Wilayah perlu melihat beberapa
aspek sebelum membuat kata putus bagi tujuan pembangunan di kawasan
tersebut.
"Pertamanya, aspek dari segi di mana terletaknya tanah tersebut,
sekiranya tanah tersebut di sebelah masjid sudah tentu jenis pembangunan
perlu diambil kira.
"Kita juga kena melihat apabila pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
Wilayah Persekutuan memberi tanah ini dengan harga yang begitu murah,
sudah tentu niat PTG itu agensi kerajaan seperti DBKL melaksanakan
tanggungjawab sosial untuk membina rumah seperti mana yang diarahkan.
"Kemudian, apabila membina rumah-rumah ini, adalah menjadi tanggungjawab
DBKL untuk memastikan syarikat yang diberi ini syarikat yang
bertauliah.
"Harga rumah yang hendak dijual juga mesti selari dengan keputusan PTG
untuk menjual tanah ini dengan harga yang nominal," katanya.
Johari menambah, penjelasan perlu dibuat oleh pihak kementerian dan DBKL
kerana sekiranya ia tidak dilakukan, ianya seolah satu pengkhianatan ke
atas penduduk di kawasan tersebut.
"Kalau kita tidak menjelaskan perkara ini dengan baik, maka kita telah
mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada Barisan Nasional (BN)
dengan kemenangan yang diberi kepada calon BN oleh penduduk Datuk
Keramat," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment