Sunday, November 29, 2015
Jadikan Johor Sasaran… Kit Siang Sendiri Pun Ghaib Di Gelang Patah
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari
Jamali berkata, hasrat pembangkang mahu menjadikan negeri Johor sebagai
benteng pertahanan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan
datang hanyalah satu perang saraf kepada pengikut mereka yang semakin
layu terkulai.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang
ketika merasmikan parti Amanah Negara (Amanah) di Gelang Patah baru-baru
ini.
Jelasnya, mimpi siang hari pembangkang itu tidak mungkin menjadi
kenyataan kerana Johor adalah ‘tempat kelahiran’ UMNO dan sudah pasti
UMNO akan terus utuh di bumi Johor.
“Itu semua adalahUMNO-Johor propaganda Dap untuk meraih undi. Mereka
sudah semakin terdesak untuk menawan Putrajaya. Dia boleh kata apa
sahaja namun jangan fikir pihak kerajaan hanya akan berpeluk tubuh…kita
tahu apa yang kita buat. Malahan kerajaan negeri juga begitu komited
fokus merancang, menyedia dan menyampaikan kemudahan secara inklusif di
merata ceruk di Johor.
“Bajet 2016 negeri Johor pula adalah bukti komitmen kerajaan negeri dan
ia dapat sambutan yang hebat dari rakyat. Usaha kita adalah untuk
pastikan pelaksanaan dijalankan dan rakyat dapat menikmatinya melalui
119 titik sentuhan yang dibentangkan.
“Pembangkang juga jangan lupa, Johor adalah kubu kuat UMNO… Ini tempat
kita… takkan kita mahu membiarkan mereka rosakkan ‘rumah’ kita,”
ujarnya.
Tambah Samsol lagi, Kit Siang sebenarnya sedar penyokong mereka sudah
ramai yang berpaling arah dan kerana itu pembangkang sangat terdesak
untuk mempengaruhi rakyat memandangkan PRU-14 sudah semakin hampir.
“Tidak dapat dinafikan, Johor seakan menjadi penanda aras untuk pembangkang mengukur sokongan rakyat terhadap mereka.
“Sekiranya mereka berjaya menawan Johor ia ibarat mereka berjaya menjadi
pemerintah negara seterusnya menawan Putrajaya. Dek kerana itulah
pembangkang mengerah keringat untuk memastikan Johor menjadi milik
mereka”, katanya.
Tegas beliau lagi, rakyat Johor harus menilai siap pembangkang yang hanya inginkan kuasa dan bukannya mahu membela nasib rakyat.
“Ia jelas dapat dilihat di beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai
pembangkang contohnya Parlimen Gelang Patah milik Kit Siang sendiri.
“Rakyat di Gelang Patah kini bersungut kerana Kit Siang seakan ghaib
selepas menang. Nasib rakyat tidak diperjuangkan. Jadi adakah kita mahu
menjadikan mereka yang bersikap sebegini sebagai pembela nasib rakyat?
“Maka pada PRU-14 kelak, marilah kita beramai-ramai memastikan Johor
akan terus milik UMNO demi masa hadapan anak cucu kita,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment