Monday, November 30, 2015
Wujud Atau Tidak Perjanjian Sulit Jawatan KM Pulau Pinang...?
Lim Guan Eng dicabar supaya menerangkan adakah benar wujudnya perjanjian
sulit dalam DAP pada 2008 untuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membuat
desakan itu susulan risalah yang mendakwa wujudnya perjanjian itu yang
disebarkan pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.
Katanya, Setiausaha Agung DAP itu perlu menjawab dakwaan tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat.
“Apakah sebenarnya perjanjian itu? Pengundi DAP ada hak untuk tahu,” katanya dipetik portal FMT.
Risalah itu menyebut “Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008
Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Awak rompak jawatan Ketua Menteri
seseorang. Tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak
mengkhianati perjanjian itu”.
Risalah itu diedarkan kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen itu di Bukit Jambul pada pagi Ahad.
Beberapa ahli parti kanan percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng
menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
“Penting untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila ditanya soalan.
“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu
yang tidak kena di sini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan
penjelasan perjanjian itu,” kata Huan.
Dia mendakwa, Guan Eng tidak pernah diuji sama ada diterima oleh ahli
DAP di Pulau Pinang dan kerana itu dia mencabar Ketua Menteri Pulau
Pinang bertanding dalam permilihan DAP negeri untuk membuktikan
pengaruhnya lebih kuat berbanding Chow.
Dalam demonstrasi bantahan di pusat konvensyen, beberapa ahli DAP
mendesak Guan Eng memberi laluan kepada Chow sebagai Ketua Menteri yang
baharu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment