Sunday, November 22, 2015
Dr. Norela, Jangan Menangis Kerana Inilah Makna “UBAH”
Ramai yang terkejut, apabila ADUN Penanti sebak dan menangis sewaktu
mengenang untung nasib kawasannya, yang didakwa tidak pendapat perhatian
dari segi bantuan peruntukan bagi menaiktaraf kemudahan yang ada
seperti jeti dan sebagainya.
Sejujurnya, penulis merasakan itulah luahan hasrat hati yang ikhlas
seorang wakil rakyat Pakatan Harapan di dalam negeri yang ditadbir oleh
sekutu rapat mereka sendiri. Ibarat orang asing, jawapan sebenar ada di
Penanti itu sendiri.
Seharusnya, beliau tidak perlu menangis kerana ini juga merupakan
sebahagian dari proses “Ubah” dan “Inikalilah” yang cukup popular
menjelang PRU13 terutamanya di Penanti dan sekitar Permatang Pauh. Tidak
perlu berduka nestapa, kerana dalam meniti perubahan, perlu ada
pengorbanan. Inikalilah!
Kasihan juga melihat nasibnya, sedang beliau bukan calang-calang
latarbelakangnya.
Seorang doktor falsafah, akhirnya mudah sahaja
diperkotak-katikkan oleh sekutunya sendiri. Kesedihan itu ditambah pula
oleh rakan satu parti, iaitu Malik Kassim, juga dari PKR tidak langsung
membantu, tetapi lebih kepada cubaan mempertahankan khalifah pemerintah.
Itulah hakikat politik di antara DAP, PKR, PAS dan PAN. Ia tidak
menggambarkan rakyat secara keseluruhan. Ia hanyalah berkisar kepada DAP
dan penyokongnya, sementara PKR hanyalah tentang Anwar Ibrahim dan
kuncu-kuncunya. Maka, tidak hairan untuk kita melihat, betapa Penanti
tersisih.
Jangan hairan jika kita akan mendengar jawapan seperti kedudukan
kewangan tidak mengizinkan. Atau, kerajaan negeri tersilap salur
peruntukan. Almaklum, hanya di Pulau Pinang sahaja jawapan-jawapan
tersilap seperti “silap taip” diterima pakai oleh penduduknya.
Jika rajin, boleh sahaja Penanti menjengah projek-projek “luarbiasa
harga” yang menjadi pertikaman lidah di kalangan penduduk Pulau Pinang.
Kot-kot la ada baki peruntukan belum guna.
Apa-apa hal pun, jom “Ubah”. Inikalilah!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment