Sunday, November 22, 2015
Inilah Cara Perjuangan Keluarga Anwar..... Tak ada Perasaan Langsung Dan Bangangnya Tindakannya
Nurul Izzah bukan budak sekolah darjah satu. Beliau bertaraf seorang ahli Parlimen dan Naib Presiden sebuah parti politik.
Sepatutnya dari senarai orang yang bakal ditemui beliau sudah cukup sedar ada makhluk yang tidak harus didekatinya.
Kalau sekadar salam ' ayam' sejenak masih boleh maaf lagi.
Ini mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia pada keluarga Kiram yang mempelopori serangan di Timur Sabah itu.
Nurul Izzah boleh cerita apa saja kepada para penyokong pembangkang yang sentiasa gerenti akan terlopong telan apa saja.
Namun gambar-gambar ‘kemesraan’ beliau dengan Jacel Kiram sudah cukup
untuk membicarakan bagaimana nawaitu politik peribadi lebih utama dari
sensitiviti negara.
Lebih menarik pada episod pertemuan dengan suku sakat penceroboh dan
penuntut Sabah ini ialah seorang lagi Naib Presiden PKR,Tian Chua yang
juga Ahli Parlimen Batu.
Bukankah mulut becok Tian Chua yang main hentam dakwa kononnya serangan
di Timur Sabah oleh puak itu satu sandiwara parti pemerintah.
Jangan ingat semua orang mudah lupa pada kata-kata itu.
Dengar cerita sana sini khususnya orang di Sabah cukup marah melihat drama Nurul Izzah mesra-mesra dengan Jacel Kiram.
Kemarahan itu memang bertempat kerana aksi mereka berdua bukan sesuatu yang tidak sengaja.
Berselfie sambil tersenyum bergambar dan sama-sama angkat sepanduk
"Bebaskan Anwar Ibrahim" bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa, kalau
sendiri tak bikin dengan rela hati. Kata orang biar gambar bicara...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment