Sunday, November 29, 2015
Pertahan Kedaulatan Sabah, Janji Nurul Izzah.... Yang Bunuh Perajurit Malaysia Tu Siapa...?
Kena hentam barulah... buat simpati tau pun takut
SHAH ALAM : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjanji untuk
mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana
tindakan bertemu Jacel H Kiram.
Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik politik kotor sebagai tidak bertanggungjawab.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua teman di Sabah yang begitu memahami di sebalik kontroversi ini.
"Teman-teman di Sabah yang turut mempertahankan saya menunjukkan nilai
kasih sayang yang ada dalam PKR," katanya dalam ucapan pergulungan di
Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11, hari ini.
Beliau turut berjanji akan menunjukkan siapa sebenarnya pengkhianat di sebalik apa yang telah berlaku terhadap dirinya.
"Saya amat kecewa kerana sentimen lain turut diheret sama yang seterusnya mengundang kebencian terhadap diri saya," katanya.
Sebelum ini tersebar di laman sosial gambar Nurul Izzah bersama anak
Sultan Jamalul Kiram yang mengundang kontroversi dan didakwa tidak
sensitif terhadap rakyat Sabah.
Nurul Izzah bagaimanapun telah memohon maaf dan turut memfailkan saman
terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berhubung isu itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment