Ini kerana melihat beliau mengutamakan agenda politik peribadi dan tidak sensitif langsung perasaan rakyat Malaysia terhadap pencerobohan berdarah Februari 2013.
Sunday, November 22, 2015
Senang Saja Mohon Maaf begitu Saja.... Akhirnya... Nurul Izzah Mohon Maaf Isu Gambar Dengan Jacel Kiram
Sekalipun ada usaha berterusan kalangan pemimpin pembangkang untuk
mempertahankan Nurul Izzah dalam isu pertemuan dengan Jacel Kiram di
Manila pada 9 November lalu,akhirnya Naib Presiden PKR itu angkat
bendera putih.
Setelah berdepan dengan kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak
khususnya pimpinan politik Sabah,Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon
maaf kerana isu gambarnya dengan anak perempuan Jamalul Kiram III yang
pelopori pencerobohan di Lahad Datu dua tahun lalu.
“Saya faham bahawa banyak keluarga anggota keselamatan yang gugur dalam
pencerobohan Lahad Datu, masyarakat Sabah yang terkesan (dengan insiden
itu) termasuk rakyat Malaysia amnya terguris dengan gambar saya bersama
Jacel Kiram. “Untuk itu, saya dengan ikhlas memohon maaf,” katanya dalam
satu kenyataan.
Gambar Nurul Izzah dan Jacel dalam keadaan mesra termasuk memegang risalah 'Bebaskan Anwar' telah mencetuskan kemarahan ramai.
Ini kerana melihat beliau mengutamakan agenda politik peribadi dan tidak sensitif langsung perasaan rakyat Malaysia terhadap pencerobohan berdarah Februari 2013.
Dalam pencerobohan gerombolan bersenjata orang Sulu Selatan Filipina seramai 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia terkorban.
Nurul Izzah bagaimanapun cuba mempertahankan bahawa pertemuan itu bukan
atas kehendaknya dan sebaliknya diatur oleh penganjur di Manila.
Katanya Jacel adalah salah seorang dari 15 tetamu yang diundang oleh
penganjur dan semua yang hadir ambil gambar dengannya sebagai tanda
sokongan kepada desakan Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu
Datuk seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera.
Antara yang cuba mempertahankan Nurul Izzah ialah ibunya yang juga
Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Beliau menyifatkan kejadian
yang menimpa anaknya sebagai mangsa situasi.
Dakwanya Nurul Izzah tidak sanggup nak menolak permintaan bergambar dengan Jacel.
Ketua Pemuda PKR,Nik Nazmi Ahmad pula mendakwa BN cuba alih perhatian guna isu gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram.
Ahli Jawatankuasa Pusat PKR,Latheefa Koya cuba 'cover line' dengan
membandingkan isu itu dengan pertembungan tidak sengaja Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Israel,Benjamin
Netanyahu di pintu masuk bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.
Ahli Parlimen DAP Seputih,Teresa Kok pula anggap isu gambar Nurul Izzah dengan Jacel Kiram bukan isu besar dan cerita lama.
Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Sabah mahu Nurul Izzah bersikap
lebih sensitif dalam hal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di
negeri ini.
Ketua Pemuda UMNO negeri Yamani Hafez Musa berkata tindakan Nurul Izzah
bertemu Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu
Jamalul Kiram III itu, sepatutnya tidak dilakukan.
Yamani Hafez berkata tindakan tidak bertanggungjawab anggota Parlimen
Lembah Pantai itu jelas mengguris perasaan keluarga mangsa pencerobohan
yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu termasuk keluarga Bernard Then Ted
Fen, mangsa culik yang dipenggal kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyaf.
"Nurul Izzah harus sensitif terhadap soal keselamatan dan kedaulatan
negara kerana perkara ini serius dan tidak boleh dipermainkan," katanya
kepada wartawan selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Nurul
Izzah itu di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu Sabtu.
Pemuda UMNO Sabah juga mempersoal mengapa Nurul Izzah berjumpa Jacel
untuk mendapatkan sokongan untuk pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar
Ibrahim sedangkan Jacel hanyalah anak perempuan kepada 'self-proclaimed'
sultan.
"Jika mahu mendapatkan sokongan sekali pun, seharusnya berjumpa dengan
wakil kerajaan Filipina yang betul, dan bukannya bertemu dengan Jacel
kerana ia mengundang syak wasangka," katanya.
Bagaimanapun, Yamani Hafez berkata pihaknya meminta pihak polis membuat
siasatan lanjut terhadap motif dan niat sebenar di sebalik pertemuan
Nurul Izzah dengan Jacel.
Yamani Hafez juga mahu kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul
Izzah ke Sabah kerana beliau telah mencalar perasaan rakyat Sabah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment