Thursday, November 12, 2015
Dana Politik RM2.6 Bilion : Najib Setuju Beri Keterangan Kepada SPRM
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata beliau akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kes sumbangan dana
politik berjumlah RM2.6 bilion.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi
keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.
“Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.
“Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan
ini dapat disiapkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Katanya sememangnya menjadi hasrat beliau untuk memberi kerjasama
sepenuhnya dalam siasatan kes itu memandangkan ia telah menimbulkan
pelbagai tuduhan dan fitnah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Johor Baharu,
hari ini berkata perdana menteri telah bersetuju untuk diambil
keterangan mengenai dana politik itu, dan sedang menunggu tarikh untuk
menemu bual perdana menteri.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)), Datuk Seri
Azalina Othman Said berkata Jabatan Perdana Menteri akan menjawab semua
soalan yang dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke
akaun peribadi perdana menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada 3 Dis
depan.
Azalina dilapor berkata adalah lebih baik untuk mengumpul semua
soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang
Dewan Rakyat kali ini.
Sama ada Najib atau menteri di JPM akan menjawab, ianya adalah prerogatif perdana menteri, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment