Sunday, November 22, 2015
Macam Tu Sekali.... Anak Perempuan Tikam Bapa Kerana Tak Restui Hubungan Sejenis
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki nyaris maut selepas ditikam oleh anak
perempuannya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang
di sini kira-kira 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika hubungi
memberitahu kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dan
mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.
"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan
mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya
sendiri dileher sebanyak 2 kali.
"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, sejurus selepas kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun
kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan
rawatan di Hospital Selayang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment