Sunday, November 22, 2015
Nurul Izzah Kesal Gambar Bersama 'Puteri' Sulu Singgung Rakyat Malaysia
PETALING JAYA : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah
Anwar akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung lawatannya ke
Manila yang mencetuskan kontroversi, dengan menyedari gambarnya bersama
'Puteri' Sulu, Jacel Kiram telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia.
Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau
menyedari terdapat laporan polis terhadapnya berikutan pertemuan bersama
Jacel pada 9 November lalu.
"Tiada apa yang hendak saya sembunyikan dan saya lebih daripada bersedia
untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai lawatan saya," kata
Nurul Izzah dalam satu pesanan teks kepada The Star Online.
"Saya memahami keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu ketika
pencerobohan, ahli keluarga Sabah yang terkesan termasuk rakyat Malaysia
secara umumnya terkilan dengan gambar saya bersama Jacel Kiram dan
untuk itu saya amat kesal," katanya.
"Simpati dan sokongan saya sentiasa terhadap wira-wira negara, mangsa
pencerobohan dan masyarakat yang terkesan akibat daripada konflik
berterusan dan tuntutan pihak pemisah," katanya.
Nurul Izzah berkata, beliau berkunjung ke Filipina pada 9 November lalu
bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang merupakan sebahagian
daripada delegasi parti mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan
politik di negara itu.
Beliau berkata, kunjungan itu dianjurkan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina,
Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat
naib presiden Filipina.
Bagaimanapun Nurul Izzah berkata, beliau tidak merancang untuk
mengadakan sebarang pertemuan dengan Jacel dan belum pernah bertemu
dengan wanita itu sebelum ini.
"Sebaliknya, dia (Jacel) merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput oleh penganjur," katanya.
"Semua yang hadir pada pertemuan itu mengambil gambar bersama saya
sebagai sokongan terhadap satu kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendesak ketua
umum PKR itu dibebaskan," kata Nurul Izzah.
Selain Jacel, hadir pada pertemuan itu adalah bekas gabenor dan ahli
kongres Batangas Hermilando Mandanas, ahli kongres Regina Reyes dan
Silvestre Bello, Dekan Undang-undang, Amading Valdez, bekas ahli kabinet
Romy Nery dan bekas Setiausaha Kehakiman Wencie Andanar serta ahli
kakitangan naib presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.
Gambar-gambar Nurul Izzah bersama Jacel mencetuskan kontroversi, dengan
ahli-ahli Parlimen dan rakyat menuntut beliau memberikan penjelasan.
Jacel merupakan anak kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.
Allahyarham Jamalul Kiram III sebelum ini pernah mengisytiharkan dirinya
sebagai Sultan Sulu, dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu
di Sabah pada 2013.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment