Lahad Datu masih lagi terpahat di hati dan minda seluruh rakyat Malaysia. Apa yang terjadi, tidak mungkin lenyap begitu sahaja. Lahad Datu cukup dekat di hati rakyat Sabah, dan Malaysia.
Sensitiviti yang terhasil adalah lahir dari titisan darah mereka yang terkorban, serta linangan airmata seluruh keluarga mangsa, yang turut dikongsi seluruh rakyat Malaysia.
Malangnya sensitivi ini tidak pernah diperhalusi dan difahami oleh segelintir golongan opportunis, yang konsisten mencari keuntungan politik.
Penulis sekadar menggelengkan kepala, apabila membaca kenyataan Latheefa Koya dalam mempertahankan “pertemuan” di antara Nurul Izzah dengan Netanyahu.
Sama seperti pertemuan Perdana Menteri Najib Razak dan Netanyahu. Itu kata dari Latheefa Koya.
Pertama, Latheefa Koya perlu tahu maksud antara bertembung dan bersama di dalam satu majlis. Itu sahaja sudah memadai untuk membezakan 2 situasi tersebut. Di mana yang didakwa sebagai sama? Sama ke?
Sudahlah Latheefa Koya, tidak perlu “bersilat” bagai. Jawapan bodohnya kini menampilkan dirinya sebaris dengan “ketokohan” Mahfuz Omar.
Mungkin sahaja penulis boleh menerima alasan dari Nurul Izzah, bahawa kehadiran beliau adalah untuk memenuhi jemputan, dan tidak tahu senarai jemputan oleh penganjur program.
Namun, apa yang sangat menjengkelkan penulis ialah, di sebalik apa jua alasan pertemuan Izzah – Kiram, mengapa sanggup ahli Parlimen Lembah Pantai itu untuk bergambar bersama mereka yang terlibat dengan Pencerobohan Lahad Datu?
Foto yang menjadi santapan umum seperti di atas, sudah cukup untuk kita semua menilai, apakah nilai solidariti Lahad Datu di sisinya.
Penulis percaya Nurul Izzah cukup bijak untuk memahami konflik dan sensitiviti rakyat Malaysia, namun, mengapa mengambil risiko sedemikian rupa?
Mengamati situasi yang berlaku, seolah-olah Nurul Izzah tidak peduli dan tidak pernah peduli dengan sensitiviti rakyat Malaysia. Mungkin ini yang dimaksudkan sebagai matlamat menghalalkan cara. Yang penting Anwar Ibrahim.
Dari penubuhan PKR, sehinggalah kesanggupan Nurul Izzah bergambar Jacel Kiram, ia menceritakan tentang Anwar Ibrahim. Maka, tidak hairanlah jika kita pernah mendengar ungkapan yang berbunyi “i support all effort to protect the security state of Israel”. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Musuh nyata kepada rakyat Malaysia itulah yang cuba dijadikan sekutu demi kepentingan politik.
Jangan pula hendaknya, selepas ini Latheefa Koya berkata bahawa banner tersebut dicetak oleh Jacel Kiram. Jangan lupa, puak-puak PKR ini lah yang satu ketika dahulu mengatakan bahawa pencerobohan Lahad Datu adalah satu konspirasi terancang UMNO.
Apa agaknya khabar adik Muhammad Akmaruddin Zulkiflli, anak kepada Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban sewaktu Tragedi Lahad Datu.
Al-fatihah kepada seluruh perajurit yang terkorban mempertahankan bumi tercinta ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment