Sunday, November 29, 2015
Perwakilan DAP Bidas Sistem Pemilihan JawatanKuasa Tak Telus
GEORGE TOWN : Perwakilan ke Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 pada
Ahad membidas sistem pemilihan jawatankuasa parti DAP negeri yang
didakwa tidak telus dan saksama.
Perwakilan dari Taman Chai Leng Shamsher Singh Thind berkata, sistem
pemilihan anggota jawatankuasa DAP negeri harus diubah kerana tidak
memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi memilih pemimpin mereka.
"Sistem pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang harus diubah supaya
menjadi lebih telus kepada mereka yang mendapat undi yang tinggi dan
diberi jawatan pengerusi," katanya ketika sesi perbahasan konvensyen itu
di sini, Ahad.
Beliau turut menggesa Jawatankuasa Pusat (CEC) dan Jawatankuasa DAP
negeri mensyaratkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya diberi
kepada DAP, harus diserahkan kepada pengerusi DAP negeri dan bukan
kepada yang lain.
Terdahulu, perwakilan Sri Tanjung Bungah Lim Cheng Hoe turut
membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat
perubahan dalam sistem pemilihan jawatankuasa negeri.
Katanya, mana-mana pemimpin yang mendapat undi yang tertinggi dalam
pemilihan jawatankuasa negeri seharusnya diberi peluang memimpin parti
sebagai pengerusi.
"Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi
untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi
kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment