Sunday, November 22, 2015
Teresa Terus Angkuh Dan Kekal Dengan Jujukan "Cerita Lama" Dalam Isu Nurul Izzah - Jacel Kiram !!!
Itu sahaja yang boleh dikatakan terhadap Teresa Kok apabila dia dengan
angkuhnya berkata, kenyataannya telah diputarbelit oleh media dalam isu
Nurul Izzah-Kiram.
Teresa Kok enggan meminta maaf kerana menyatakan serangan militan@lanun Sulu ke atas Lahad Datu adalah cerita lama.
"Saya telah bertanya kepada wartawan, 'apa yang besar sangat tentang
gambar tersebut? Mengapa korek semula cerita lama (berhubung gambar
itu)?" katanya.
Mungkin tempoh kurang dua minggu merupakan tempoh yang sangat lama bagi
Teresa Kok. Ini adalah kerana gambar-gambar Nurul Izzah dengan Jacel
Kiram telah dirakamkan kurang dua minggu lalu. Lebih tepat lagi pada 9
November 2015.
Jadi, apa yang dimaksudkan oleh Teresa Kok sebagai 'lama'?
Adakah dia memaksudkan tentang Serangan Lahad Datu? Gambar-gambarnya? Atau siapa?
Teresa Kok cuba mendabik dada kononnya dia menyokong penuh pasukan
keselamatan negara dalam isu serangan Lahad Datu oleh lanun-lanun Kiram
itu. Katanya lagi, tiada sesiapa pun dapat menafikan perasaannya itu.
Tetapi semua orang masih ingat lagi bagaimana Teresa Kok
mempersenda-sendakan peranan pasukan keselamatan dan serangan
lanun-lanun Sulu ke atas Lahad Datu. Klip video yang digunakan untuk
kempen politiknya untuk sambutan Tahun Baru Cina atas tajuk ONDERFULL
MALAYSIA.
Kalau Teresa Kok masih cuba nak menipu kononnya dia sangat patriotik
tentang Malaysia mahupun pasukan keselamatan dan keselamatan Malaysia,
klip video ONEDERFULL MALAYSIA itu adalah jawapan yang paling tepat!
Tiada kekesalan, tiada permohonan maaf, sebaliknya terus angkuh dan
berlagak sambil terus menekankan bahawa 'ia adalah isu lama'.
Kerana CERITA LAMA itu jugalah, sampai ke hari ini Teresa Kok dan
angkatan DAPnya sangat susah nak bertutur dalam Bahasa Kebangsaan!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment