Sunday, November 22, 2015
Tunjuk Kebodohannya.... Polis Siasat Pengarah NOW
KUALA LUMPUR : Polis memulakan siasatan terhadap Pengarah National
Oversight and Whistleblowers (Now) Akmal Nasir, kata Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Langkah itu susulan laporan polis oleh Ketua Pengarah Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abdullah Samsudin
berhubung dakwaan bahawa seorang Menteri Persekutuan menyalahgunakan
dana badan berkenaan.
Laporan Abdullah juga mendakwa bahawa dokumen-dokumen yang digunakan oleh Akmal mungkin menyalahi undang-undang.
Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman pada Ahad, Khalid berkata, siasatan masih di peringkat awal.
"Kami tidak menjalankan apa-apa tangkapan lagi," kata Khalid.
Tambahnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan
mengendalikan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh
YaPEIM.
Sebelum ini Akmal mendawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom menggunakan wang YaPEIM bagi membiayai perjalanan ke
luar negara.
Antara dakwaan Akmal ialah berkenaan pembiayaan perjalanan Jamil Khir ke
luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli belah membabitkan
kos antara RM410,978 hingga RM590,000.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment