Monday, November 30, 2015
Gagal Kutip 1 Juta Tandatangan "Bebaskan Anwar" Rafizi Masih Berikan Alasan, Enggan Terima Kenyataan "Sifu" Beliau Makin Ditolak
Kempen ‘Bebaskan Anwar’ anjuran PKR bagi mendapatkan sejuta tandatangan
rakyat Malaysia hanya mampu mengutip 37,000 tandatangan sejak Mac
sehingga November.
Jumlah itu hanya 3.7 peratus berbanding sasaran sebenar sekaligus
menimbulkan dakwaan kempen bagi mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai tahanan politik telah gagal.
Statistik mengecewakan itu dijadikan ‘bahan’ pemerhati politik dengan
dakwaan Anwar dan PKR semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia.
Tohmahan itu bagaimanapun disangkal Rafizi Ramli kerana kegagalan mencapai sasaran sejuta tandatangan bukan perkara besar.
Katanya, PKR tidak mahu terlalu mengenengahkan isu pembebasan Anwar bagi
mengelak dilabel sebuah parti yang hanya memperjuangakn Ketua Umum PKR
bukannya isu rakyat.
“Kita kena imbangkan isu antara pembebasan Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya.
“Isu ini sensitif. kalau kita tekankan seratus peratus untuk hanya
dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengenepikan rakyat
dan hanya mengutamakan Anwar sahaja. Oleh itu kami bahagi sama rata,”
katanya.
Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kempen pembebasan Anwar
akan diteruskan selepas beberapa isu yang melibatkan pakatan pembangkang
selesai.
“Sekarang saya rasa sudah banyak isu selesai, maksudnya isu pakatan
pembangkang dan isu skandal yang lain. Kita fokus satu persatu lepas ini
kami akan fokus kepada isu Anwar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment