Sunday, November 22, 2015
Tiada Islam Versi JAKIM
PUTRAJAYA : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan wujudnya
Islam versi jabatan itu malah, pihak terbabit tidak pernah memaksa
individu supaya berlandaskan mereka.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, sejak awal penubuhannya
sehingga kini, JAKIM masih mengekalkan fungsi iaitu bertindak sebagai
pemudah cara dalam penyelarasan dan penyeragaman hal ehwal Islam antara
Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, JAKIM menggunakan pendekatan mendidik sebaik mungkin dalam memberi kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat.
“JAKIM memainkan peranan penting sebagai agensi pusat dalam pengurusan
hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan penyelarasan pentadbiran
Islam, pelajaran dan undang-undang Islam ke arah pembangunan ummah di
seluruh Malaysia.
“Pada masa sama, kita juga meraikan kepelbagaian pendapat di dalam
mengamalkan ajaran Islam selagi ia berada di atas landasan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dan Mazhab Syafie yang menjadi keutamaan,” katanya menerusi
kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan bahawa, al-Quran
menyatakan tidak ada paksaan dalam Islam dan JAKIM mahu memaksa semua
orang untuk mengikuti Islam mengikut versi jabatan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment