Sunday, November 29, 2015
Kecoh Lagi.... Insiden Pergaduhan Cemari Kongres Nasional PKR
SHAH ALAM : Kongres Nasional PKR Tahunan ke-11 yang masuk hari kedua hari
ini kecoh apabila dicemari insiden pergaduhan antara perwakilan PKR dan
pihak penganjur.
Dalam insiden itu, individu yang mendakwa beliau adalah Timbalan Ketua
Cabang Kepong dinafikan hak beliau untuk memasuki dewan atas tiket
pemerhati.
Menurut jurucakap pihak penganjur Kongres PKR, individu tersebut tidak
dibenarkan masuk ke dewan persidangan kerana nama beliau tiada dalam
senarai pemerhati.
'Perwakilan' PKR Kepong yang tidak berpuas hati bertikam lidah dengan
pihak penganjur yang menjaga kaunter senarai nama dan memanggil mereka
sebagai 'kurang ajar'.
Insiden itu berlaku dipercayai semasa Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail sedang menyampaikan ucapan Dasar Presiden.
Pergaduhan berkenaan berjaya dileraikan setelah perbincangan selama lima minit dibuat antara kedua-dua pihak.
Difahamkan, 'perwakilan' Kepong itu bertindak meninggalkan Kongres PKR selepas insiden berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment