Thursday, November 12, 2015
Wakil Rakyat Pembangkang Kalut Apabila Warga Peneroka Sokong BN
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini mendakwa Felda membuang wang
yang beliau dakwa sebagai ‘wang kepentingan awam’ untuk Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Rancangan ( JKKR ) serta Gabungan Persatuan
Wanita ( GPW ) dalam apa yang di dakwanya sebagai ‘perhimpunan Felda’
pada 16 September 2015. Memetik kenyataan beliau dalam Malaysiakini, Teo
berkata Felda membuang hampir Rm 1 juta bagi peneroka menyertai
perhimpunan tersebut.
Apa yang Teo lupa bahawa Felda tidak pernah menganjurkan ‘perhimpunan
Felda’ pada tarikh itu. Penganjuran perhimpunan yang mendapat permit
serta kelulusan sah itu sebenarnya di anjurkan oleh NGO dan tidak
melibatkan langsung Felda.
Menurut dakwaan Nie Ching wang tersebut adalah untuk kepentingan awam dan bukan tujuan politik.
Dakwaan dangkal oleh Teo ini menunjukkan beliau tidak tahu fungsi
sebenar JKKR dan GPW di dalam Felda. Mengaitkan saham FGV sebagai punca
mengapa peneroka tidak perlu bersyukur amat tidak relevan, lagi sekali
menampakkan kedangkalan Teo.
Peneroka Felda berhak menunjukkan ‘SOLIDARITI’ mereka kepada kerajaan
Barisan Nasional yang telah banyak membantu kehidupan mereka selama ini.
Dap pula tidak terlibat samada langsung atau tidak sejak penubuhan
Felda oleh YAB Tun Hj Abdul Razak Hussein pada 1958.
Umum mengetahui tarikh 16 September sebagai Hari Malaysia, dan tidak
menjadi kesalahan kepada mana mana rakyat Malaysia untuk meraikannya.
Felda turut terlibat meraikan ia bersama peneroka dan ianya menjadi
kelaziman untuk Felda berbuat demikian untuk peneroka.
Peruntukan yang di dakwa Teo itu sebenarnya milik peneroka dan ianya di
belanjakan untuk mengurus tadbir setiap rancangan Felda. Ahli Parlimen
Kulai tersebut seharusnya tahu bahawa selama ini Felda banyak menyumbang
kepada ekonomi negara melalui komoditi sawit serta getah yang di
hasilkan oleh peneroka Felda. Tidak timbul masalah bila hampir 10,000
peneroka menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut
seperti di katakan beliau.
Dap pula mengeluarkan jutaan ringgit untuk menjayakan kempen ‘Bersih 4’
dan ini boleh di persoalkan dari mana datangnya dana itu. Tidak seperti
Felda yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh untuk mengurus
JKKR dan GPW, Dap pula membuang lebih banyak wang kepentingan awam malah
jauh lebih banyak dari Felda.
Mengapa perlu Teo serang Felda sedangkan Dap sendiri menggunakan dana
yang banyak dalam usaha untuk memburukkan kerajaan sedia ada. Di sini
jelas permainan politik Dap dalam menghasut rakyat khususnya peneroka
agar membenci kerajaan.
Peneroka Felda sebenarnya selesa di dalam Felda dan ini tidak di ketahui
oleh Teo kerana mungkin beliau tidak pernah masuk Felda langsung selama
menjadi Ahli Parlimen. Peruntukan bonus tahunan dan bonus raya untuk
peneroka Felda dalam bentuk tunai adalah kejayaan peneroka serta Felda
adalah aspirasi dari Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul
Razak sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka.
Pelbagai skim berbentuk pinjaman tanpa faedah serta geran untuk peneroka
telah di wujudkan dalam memastikan kesinambungan ekonomi peneroka serta
generasi seterusnya. Apa yang Dap tidak mampu lakukan telah di adakan
oleh kerajaan Barisan Nasional untuk peneroka Felda dan ini tidak dapat
di sangkal oleh mana mana pihak termasuk Teo sendiri.
Mengapa perbelanjaan oleh Dap dalam menganjurkan demonstrasi tidak di persoalkan oleh Teo?
Apa yang Dap pernah bantu peneroka selama ini? Teo sepatutnya
mempersoalkan intergriti Dap sendiri dari menyerang Felda dan kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment