Sunday, November 22, 2015
Kenapa Jacel Dipilih Nurul Izzah Pegang Poster Anwar?
Apalah yang hendak dimarahkan terhadap anak perempuan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang berjumpa dan bergambar dengan anak dalang serangan Lahad
Datu di Filipina baru-baru ini. ‘Di mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi’, bukan?
Benar Nurul Izzah dan Jacel Kiram ada bertemu dan mesra bergambar. Bukan
sekadar bergambar, malah sama-sama memegang poster yang mahu seorang
penjenayah dibebaskan dari penjara. Siapa lagi kalau bukan papanya Nurul
Izzah, bukan?
Setahu penulis, Anwar dulu pun pernah bertemu dengan Nur Misuari,
seorang pemimpin Filipina yang dipercayai mempunyai perkaitan rapat
dengan Kiram yang mencabar kedaulatan negara menerusi serangan di Lahad
Datu.
Malah ketika dalam kempen menyerang Lahad Datu itu, Jacel begitu keras
sekali menyokong tindakan bapanya itu yang mahu membawa keluar Sabah
dari Malaysia, serta menuntut dirinya sebagai ‘Sultan’ di negeri
berkenaan.
Dan kini, Nurul Izzah yang mengaku bahawa Jacel itu bukan kenalannya,
mula berkenalan dan menjalin hubungan dengan anak pengganas yang
membunuh anggota polis dan tentera di Sabah? Dengan orang begitu yang
menjadi pilihan Nurul Izzah untuk berkenal-kenalan?
Penulis tahu bahawa kadang-kala, bila hadir ke program yang dianjurkan
pihak tertentu, kita tidak dapat menolak sekiranya secara kebetulan
bertemu dengan seseorang yang tidak kita gemari atau mungkin ‘musuh’.
Namun, sekirnya Nurul Izzah sensitif dengan apa yang Jacel dan bapanya
lakukan terhadap Malaysia, tergamakkah untuk meminta dia memegang poster
yang dibawa? Kenapa Jacel jadi pilihan Nurul Izzah? Kenapa tidak orang
lain? Mereka yang lain tidak mahu pegang poster Anwar, kah?
Sekiranya benar pun Nurul Izzah menghargai pertemuannya dengan Jacel dan
menjalin hubungan baru dengan anak Kiram itu, apakah perlu dia begitu
berbangga dengan pertemuan tersebut sehingga memuat naik gambar
berkenaan di laman sosial?
Tidakkah ketika itu Nurul Izzah terfikir tentang hati balu dan anak-anak
yatim yang menjadi mangsa kekejaman bapa Jacel? Pada penulis, lebih
baik gambar berkenaan Nurul Izzah simpan saja sebagai koleksi peribadi
untuk kenangan di hari tua berbanding menyakitkan hati ibu bapa yang
kehilangan anak akibat kezaliman Kiram…
Kini ‘nasi sudah menjadi bubur’. Semua sudah tahu tentang betapa Nurul
Izzah tidak peduli pun pada sensitiviti dan perasaan rakyat. Paling
jelas, kita semua sedar kini bahawa tindakan ‘janda muda’ itu selalunya
dilakukan tanpa menggunakan ‘otak’. Jika dia berfikir, sudah tentu
gambar itu tidak viral diperkatakan orang, bukan?
Kini, terimalah akibatnya. Baru tahu erti ‘penyesalan’? ‘Sesal dulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jelaskanlah selembut mana pun
sekali. Sudah terbukti ‘bapanya borek, Nurul Izzahnya rintik’.
Tidak mungkin dapat ‘ditegakkan benang yang basah’ dan luka yang Nurul
Izzah lakukan kali ini akan dikenang rakyat Malaysia sampai bila-bila…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment