Sunday, November 29, 2015
AMANAH Mahu Letak Calon Pada PRN Sarawak - Mat Sabu
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat melahirkan 'anak
sulung' mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak yang akan
diadakan pada tahun hadapan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu
berkata Amanah akan cuba berusaha untuk bertanding di Sarawak dan
seterusnya optimis untuk memenangi kerusi di negeri itu.
"Amanah akan cuba bertanding di Sarawak dan kita akan lahirkan anak
sulong Amanah daripada Sarawak," katanya ketika berucapa di Majlis
Perasmian Wisma Amanah Negara di sini hari ini.
Ketika ditanya media mengenai cadangan PKR untuk memastikan pertembungan
satu lawan satu di PRN Sarawak, Mat Sabu menyokong cadangan itu dan
mengharapkan tiada pertindihan kerusi di sana.
"Kita pun harapkan begitu akan ada satu lawan satu dan itu memang kita harapkan supaya tidak menjadi pertindihan," ujarnya.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali berkata parti
pembangkang akan tetap mengekalkan perinsip perjuangan seperti Pilihan
Raya Umum lalu yang diamalkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Keperluan ini (satu lawan satu) perlu pergi kepada keseluruhan proses
perundingan dan perbincangan dengan semua parti politik di dalam Pakatan
Harapan dan juga parti politik yang lain seperti PAS dan juga PSM,"
katanya.
Selain itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Datuk Saifuddin
Abdullah akan ke Sarawak bagi berbincang dengan parti-parti pembangkang
bagi memastikan tidak ada pertandingan tiga penjuru.
Jelas Nurul Izzah, jika tiada pertandingan tiga penjuru ini akan memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk memenangi PRN itu.
Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Umum ke-14, Mat Sabu memberitahu
Amanah masih belum mengadakan perbincangan secara terperinci mengenai
perkara itu.
"Untuk di semenanjung ini kita belum bincang lagi dari sudut Pilihan
Rayanya samada hendak bertanding di mana, berapa kerusi, bertanidng atau
tidak pimpinan nasional belum bincang lagi hal itu kerana tiga bulan
pertama ini kita tumpu hal pendaftaran," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment