Sunday, November 22, 2015

Syabasss!!!!! Polis Tangkap Polis Seleweng RM1.5 Juta....

Jangan ingat pegawai polis buat salah boleh lepas.Seramai enam orang termasuk pegawai kanan polis di Bukit Aman telah ditahan kerana disyaki terlibat seleweng RM1.5 juga wang untuk kerja-kerja ubahsuai di kompleks ibupejabat polis itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan Ahad tangkapan itu dijalankan bermula dua hari lalu dan yang terbaharu pada awal pagi ini.

Katanya tangkapan ini membuktikan polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan jenayah dalam pasukan.

Beliau memberitahu selain pegawai polis turut sama ditahan ialah kontraktor.

Katanya beberapa kereta mewah juga dirampas. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment