Monday, November 30, 2015
Zahid Lebih Berani Dari Muhyiddin Sanggah Kritikan Mahathir
Dalam berhadapan dengan kritikan tidak berasas bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan
kerajaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya lebih
berani menyanggah kritikan tersebut berbanding Timbalan Presiden UMNO
sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Entah kenapa Tan Sri Muhyiddin begitu berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan bila berhadapan isu ini (kritikan Tun Mahathir) walhal tidak
ada keperluan pun untuk berbuat begitu.
Apatah lagi bila Tun Mahathir melemparkan dakwaan yang hampir semuanya
bohong dari yang betul, patutnya mudah sangat nak membalas kritikan itu
tanpa menyinggung emosi Tun Mahathir – kalau betul Tan Sri Muhyiddin
bersikap seperti sekarang kerana nak menjaga perasaan bekas Perdana
Menteri itu.
Perdana Menteri sendiri mengambil inisiatif dengan menjawab dakwaan Tun
Mahathir kepada rakyat tanpa mengaitkan nama Tun Mahathir terlalu
banyak. Tentang 1MDB, isu tersebut sedang dikendalikan oleh Jabatan
Audit Negara, ulas lebih-lebih benda yang dalam siasatan nanti,
dikatakan campur tangan pulak.
Sekalipun inisiatif itu tidak mengubah sedikit pun pendirian Tun
Mahathir terhadap beliau tapi yang penting disini ialah rakyat kerana
rakyat yang memilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, bukan
sesiapa yang lain sekalipun individu berkenaan rasa dia bertanggungjawab
sehinga Najib jadi Perdana Menteri.
Tak kenalah kalau ketika Perdana Menteri bertungkus lumus menangkis
dakyah itu kerana ia melibatkan imej UMNO/BN, Tan Sri Muhyiddin sebagai
Timbalan lebih banyak ambil langkah mengelak dari membalas kritikan
tersebut, sebab itu penulis kata baik lagi Zahid.
Penulis bagaimanapun tidak berhasrat melaga-lagakan Tan Sri Muhyiddin
dengan sesiapa. Penulis hanya bercakap apa yang benar dan sememangnya
tidak ada rekod menunjukkan Tan Sri Muhyiddin pernah membalas kritikan
tidak berasas Tun Mahathir. Kalau terasa begitu, penulis mohon maaf.
Yang penting sekarang ialah, desakan yang mahu melihat Tan Sri Muhyiddin
lebih responsif kepada kritikan tidak berasas berkenaan timbul kerana
kritikan itu sedang dijadikan bahan kempen pihak pembangkang dalam
pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh untuk menjatuhkan
UMNO/BN.
Akhir kalam, kita tidak minta Tan Sri Muhyiddin buat ini (lebih
responsif kepada kritikan Tun Mahathir) kerana Datuk Seri Najib Tun
Razak tapi kerana UMNO/BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment