Sunday, November 29, 2015
Konvensyen DAP Pulau Pinang Dicemari Demonstrasi Bantah Guan Eng
GEORGE TOWN : Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 dicemari oleh
sekumpulan 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di
Bukit Jambul di sini tempat konvensyen itu sedang berlangsung.
Kumpulan itu yang memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon
Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang Setiausaha
Agung parti Lim Guan Eng, telah berkumpul seawal 9 pagi.
Difahamkan, mereka hanya berkumpul kurang daripada lima minit dengan
memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow
Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong
Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng
Balik Melaka.'
Kumpulan yang sama dipercayai berkumpul di Kompleks Tun Razak petang
Sabtu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan
Eng.
Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen hari ini menyatakan sokongan
parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau
Pinang sejak 2008.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment