Sunday, November 22, 2015
Boleh Pusing Pusing Lagi??? "Saya Tidak Pernah Berkenalan Dengan Jacel Kiram"
Saya sedia maklum kegusaran yang timbul akibat gambar saya bersama Jacel Kiram pada 9 November 2015.
Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali memanggil
mesyuarat atau pertemuan dan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram.
Dia merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur
program, iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute
for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden
Filipina.
Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai
tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa
Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on
Arbitrary Detention) yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibebaskan serta-merta.
Saya tahu dan faham ahli-ahli keluarga patriot dan perajurit yang
terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu dan rakyat Malaysia amnya cukup
terasa dan marah akibat gambar saya dan Jacel Kiram, dan saya berasa
amat kesal atas hakikat ini.
Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila adalah kepada para
perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti-komuniti yang
masih terkesan akibat konflik ini serta desakan puak pemisah.
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada nusa
dan bangsa, saya akan sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian
daripada negara Malaysia yang tercinta.
Tidak ada apa-apa yang hendak saya sembunyikan, dan saya bersedia untuk
memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjelaskan lawatan saya
yang dianjur Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for
Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden
Filipina.
NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Naib Presiden PKR
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment