Sunday, November 22, 2015
Setia Pada Pakatan Harapan, Salleh Man Tidak Dipecat DAP Pulau Pinang
GEORGE TOWN : Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan memecat Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man daripada
jawatan yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ini berikutan sikap keterbukaan dan
kesetiaan ADUN PAS tersebut yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan
kerajaan Pakatan Harapan biarpun masih ahli PAS.
Guan Eng berkata, Kerajaan Pulau Pinang tidak bersikap pilih kasih
kerana wakil rakyat PAS itu bersedia dan setia berkhidmat untuk kerajaan
yang diterajuinya.
“Bila kita lihat dari segi sokongan dan juga komposisi, ia tak berubah
dan masih sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan. Maka, apabila
sokongan tidak berubah, ia tidak menjadi isu.
“Dalam Pakatan Harapan, baik DAP, PKR dan Parti Amanah Negara, tiada
isu dengan sokongan atau kesetiaan yang ditunjukan daripada Datuk Salleh
Man. Maka saya rasa kita berfungsi seperti biasa,” ujar Guan Eng.
Guan Eng berkata demikian bagi mengulas kedudukan Salleh Man dalam
kerajaan negeri Pakatan Harapan berikutan PAS pusat memutuskan parti itu
adalah pembangkang di Pulau Pinang.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, pada Khamis
mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang berikutan
tindakan kerajaan DAP menamatkan perkhidmatan 300 anggota Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari PAS di kawasan Parlimen
Kepala Batas.
Terdahulu,dalam sidang dewan, Guan Eng yang juga ADUN Air Putih turut
menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Mohd Zain Ahmad (BN – Penaga)
berhubung keputusannya memecat 300 ahli JKKK tersebut.
Menurut Guan Eng, keputusan memecat 300 daripada 1,083 anggota PAS itu
adalah kerana mereka tidak bersedia untuk bersama-sama kerajaan negeri
Pakatan Harapan sedangkan Salleh dengan tegas menyatakan kesetiaannya
terhadap kerajaan negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment