Wednesday, September 02, 2015
Berat...Berat Ni Sanggup Jadi BARUA DAP....7 Ahli Parlimen PAS Isytihar Keluar Parti
KUALA LUMPUR : PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas
tujuh Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu
menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru
(GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil
rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai
jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah
Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sanggup melihat Presiden GHB ini berpimpin tangan dengan bukan Mahram
ni?Lagi mahu masuk GHB lagi.Semuanya yang mahu masuk GHB bukan lah
perjuangan untuk rakyat selama ini.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen
Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota
Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan
Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka
akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi
Parti Amanah Negara pada 16 September depan.
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar
Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk
Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang)
dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment