Sunday, September 20, 2015
Orang Kuat Mahathir Keluarkan "Kitab" Fitnah Isteri Perdana Menteri
Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya semalam, Sanusi mendedahkan perbuatan fitnah yang bertujuan memalukan seorang bekas setiausaha agung Umno oleh pemimpin atasan.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut bagi menyatakan sokongan kepada Sanusi adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan juga Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, tetapi ditarik balik pada hari yang sama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment