Thursday, September 03, 2015

Pijak Gambar Perdana Menteri, Biadap… Tiada Maaf Bagimu! – Shahrizat

KUALA LUMPUR : Keterlaluan dan tiada maaf bagimu! Tegas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada perilaku peserta demonstrasi haram Bersih 4.0 yang memijak gambar Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/Shahrizatii_09112014_620_413_100.jpg
Jelasnya, perilaku kurang ajar seperti itu sangat terhina dan tidak boleh dimaafkan malah perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut melanggar peradaban orang Malaysia.

“Kami Wanita UMNO merasa amat kecewa dengan apa yang berlaku semasa Bersih. Sebagai sebuah negara demokrasi, kerajaan telah memberi kebebasan mengikut undang-undang tetapi perlakuan dalam demonstrasi haram ini tidak boleh dimaafkan.

“Wanita UMNO sama sekali tidak maafkan mereka yang menghina Presiden UMNO. Yang pijak gambar beliau dan isteri mahupun gambar Datuk Seri Haji Hadi, tiada maaf bagimu… Biadap!

“Kami tahu siapa yang pergi dan terlibat. Kami boleh nampak corak Bersih dan tahu agenda mereka. 

Sebab itu kami rasa kecewa bila mana seorang pemimpin yang disayangi seperti Tun Mahathir sanggup turun menyertai perhimpunan haram itu,” ujarnya dalam sidang media selepas menyertai sesi dialog Perdana Menteri Bersama Exco dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian.

Wanita UMNO juga tegas beliau turut mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang kerana perkara sebegini tidak boleh di biarkan.

“Pihak berkuasa jangan biar perkara ini berulang sekali lagi. Jangan perlekeh dan hina presiden kami. 

Oleh itu kami tuntut kepada pihak berkuasa agar ambil tindakan segera,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment