Thursday, September 03, 2015
Pijak Gambar : Tok Dalang BERSIH 4 Sudah 'Cuci Mangkuk'... Siapa Nak Jawab??
Tempoh waktu 24 jam yang diberi sudah berlalu.Rasanya Dewan Pemuda PAS
Pusat boleh lupakan tuntutan mereka kepada penganjur Bersih 4.0 agar
tampil minta maaf atas perbuatan memijak gambar Presiden PAS semasa
himpunan haram itu.
Ketika membuat kenyataan pada Ahad 31 Ogos, Ketua Penerangannya Ahmad
Fadhil Shaari kata sekiranya tiada pihak dari entiti Bersih 4.0 tampil
berbuat demikian dalam tempoh itu bermakna mereka merestui dan
bersubahat dengan perbuatan itu.
"Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini
kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran
tersebut secara harmoni," katanya.
Kenyataan itu adalah satu kata dua yang cukup keras.
Bukan setakatDewan Pemuda PAS Pusat tuntutan maaf juga disuarakan oleh
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Datuk Nik Aziz sendiri dan begitu juga oleh
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.
Menurut Nik Abduh laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar siasatan dibuat keatas perbuatan itu.
Naib Presiden PAS,Datuk Nik Amar Nik Abdullah juga lantang menghentam
perbuatan itu."Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak
sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah,"tegasnya.
Selain PAS,suara kemarahan terhadap perbuatan 'pesta' pijak gambar yang
diedit Datuk Seri Haji Hadi Awang berpelukan dengan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak juga makin bergema di kalangan pimpinan UMNO.
Malah ramai dikalangan orang biasa yang menyinga bila melihat klip video
cara gadis-gadis Cina peserta Bersih 4.0 bergilir-gilir memijak gambar
itu di kaki lima lengkap dengan keratan bunga tanda kematian.
Selain terkinja-kinja mereka berselfie ketika menghina gambar pemimpin besar Melayu itu.
Rasanya semua orang sudah tahu,penganjur Bersih 4.0 bukan saja enggan
meminta maaf malah anggap apa yang jadi itu 'bukan sebahagian dari acara
mereka'.
Tok dalang utama penganjur himpunan haram itu,Maria Chin Abdullah,Selasa
di laporkan kata mereka tidak perlu minta maaf kerana bukan mereka yang
melakukannya.
Juga katanya mereka tidak tahu siapa mereka yang terlibat memijak gambar itu.
Cukup senang cuci mangkok jawab tidak kenal dan tidak tahu.
Hajat di hati nak bermegah anjur perhimpunan besar tetapi bila ada masalah dikalangan peserta terus nak lepas tangan.
Dengar cerita ramai dikalangan orang biasa pun yang menyinga bila
melihat klip video peserta Bersih 4.0 bergilir-gilir memijak gambar itu
di kaki lima lengkap dengan keratan bunga tanda kematian.
Selain terkinja-kinja mereka berselfie ketika menghina gambar pemimpin besar Melayu itu.
Siapa yang tidak geram tengok lagak amoi-amoi yang merasa diri mereka
sudah cukup hebat memijak gambar edit Hadi sedang berpelukan dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ada juga yang menilai perbuatan ini satu gambaran bagaimana takutnya puak-puak ini jika orang Melayu dalam UMNO dan PAS bersatu.
Kalangan pimpinan UMNO tidak mahu mereka yang melalkukan perbuatan itu terlepas begitu saja.
Selain dari memijak gambar terdapat juga kejadian peserta memukul gambar
Perdana Menteri mengunakan kasut semasa perhimpunan.Ini belum masih
pelbagai sepanduk berbentuk penghinaan segala macam.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam kenyataannya berkata
Pemuda mahu pihak berkuasa menggunakan apa saja bukti yang ada termasuk
rakaman video dan gambar bagi mengheret pesalah terbabit ke muka
pengadilan.
"Gunakan segala teknologi seperti rakaman video, gambar dan sebagainya untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka pengadilan.
"Sudah tiba masanya untuk bertindak ke atas segelintir mereka yang cuba menyemai unsur kebencian dalam kalangan rakyat.
"Sememangnya insiden memijak gambar pemimpin dan mengeluarkan kata-kata
kesat bukan satu amalan demokrasi yang matang," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Pemuda juga menyuarakan rasa khuatir, bahawa rakyat akan terus gelisah
dengan perkembangan tidak sihat ini dan mendapat gambaran salah mengenai
hubungan kaum di Malaysia, jika golongan ini dibiarkan saja tanpa
sebarang tindakan undang-undang.
Malah, Khairul menjelaskan, tindakan segelintir mereka yang melaungkan
kata-kata kesat serta memijak gambar Najib dan Haji Hadi seolah-olah
memberi mesej bahawa para peserta secara keseluruhannya telah menolak
kepimpinan dua parti politik Melayu terbesar di negara ini.
"Pemuda UMNO kecewa dengan kegagalan penganjur Bersih 4 untuk memastikan
para peserta perhimpunan haram itu menjaga disiplin dengan baik, hingga
sesetengah daripada mereka tanpa segan silu menimbulkan provokasi
melampau.
"Jelas sekali, budaya asing yang tanpa segan-silu mengkritik individu
atau pemimpin secara terbuka di tempat awam sudah diangkat sebagai pesta
memaki-hamun pimpinan negara dalam perhimpunan haram di ibu kota hujung
minggu lalu," katanya.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar, dalam kenyataan medianya
berhubung isu itu, menyifatkan tindakan sedemikian menunjukkan
kerendahan akhlak individu terbabit.
"Provokasi ini akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa kerana
kedua-duanya mewakili dua parti Melayu dan Islam yang terbesar di
Malaysia.
"Walaupun berbeza fahaman politik, tindakan sedemikian tidak boleh
diterima kerana ianya menganggu keharmonian masyarakat berbilang
bangsa," katanya.
Justeru, Jamawi menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya
terhadap pelaku insiden tersebut agar perkara sedemikan tidak berulang.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula
berkata kalau perkara itu tidak dibendung dan diambil tindakan,
dibimbangi generasi akan datang akan menjadi generasi yang kurang ajar
dan biadab.
"Saya minta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berdasarkan kelakuan yang tidak bermoral itu," katanya.
Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Mohd Syahbuddin
Hashim pula menggesa penganjur Bersih 4 untuk segera tampil memohon maaf
dan bertanggungjawab atas insiden tersebut kerana selaku penganjur,
mereka gagal mengawal tindak-tanduk peserta perhimpunan tersebut.
"Walaupun Perlembagaan Malaysia memberikan kebebasan hak untuk bersuara
dan hak untuk berhimpun, janganlah ia dicemari dengan provokasi melampau
yang tidak mengambil kira sensitiviti sehingga boleh mencetuskan rasa
tidak senang di kalangan rakyat," katanya.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker berkata
tindakan itu, termasuk seorang wanita membawa pelekat tertera perkataan
yang merujuk kepada kemaluan lelaki adalah amat tidak matang dan biadab.
"Bersikap kasar dan biadab bukan budaya kita. Bersikap provokasi tidak
sesuai dengan rakyat Malaysia yang bersikap penyayang yang menghargai
keharmonian dan muhibah politik yang telah terjalin dan dinikmati sejak
merdeka 58 tahun lepas," katanya.
Ti menggesa pihak berkuasa segera bertindak dan mengenal pasti individu
terbabit untuk mengetahui niat sebenar mereka melakukan tindakan itu.
"Tindakan dan provokasi melampau mereka itu mungkin akan menyebabkan
tindak balas dan menjejaskan kewujudan kita bersama yang aman dan
harmoni.
Beri kaunseling kepada golongan muda ini kerana terdapat banyak cara
kreatif untuk menghantar mesej tanpa perlu mendoakan kematian, menghina
atau menumpukan fikiran terhadap kemaluan," katanya dalam kenyataan.
Soalnya kalau bos besar penganjur Bersih 4 sendiri sudah cuci
tangan...siapa nak jawab. Apakah geng PKR yang tumpang guna platform
Bersih untuk lanyak kerajaan nak tolong jelaskan.
Nak harap Mat Sabu dan geng GHBnya? Mungkin sudah mati kaki.
Lagipun tak perlulah nak spoil kegembiraan mereka ada amoi syok melentok berselfie dan main motor dengan Pak Leba.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment