Wednesday, September 02, 2015
Saya Berhak Untuk Bersuara Dan Tidak Akan Berdiam Diri - Nurulhidayah Ahmad Zahid
Jika sebelum ini tindakan Nurulhidayah yang merupakan anak kepada
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang
menyifatkan tindakan penganjuran perhimpunan Bersih 4 sebagai bodoh, dia
telah menerima pelbagai kritikan dan ada juga yang memberi semangat.
Namun kerana tindak balas netizens berkenaan, Nurul hari ini sekali
tampil menjawab segala kritikan berkenaan dengan menyatakn dia juga
merupakan rakyat Malaysia dan berhak bersuara.
Menurut Nurul, apa yang dikatakan olehnya sebelum ini telah disalah
faham oleh segelintir pengguna media sosial membuatkan mereka jadi tidak
berpuas hati.
“Saya telah diserang secara peribadi. Saya tak menyentuh perkauman atau
bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur
dijalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran.”
"Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, saya juga lantang
menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh
sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun," katanya.
BACA: Anak Zahid Hamidi Selar Perhimpunan Bersih 4
BACA: Anak Perempuan Zahid Hamidi Luah Perasaan Di Instagram Selepas Bapanya DiKritik Ramai
Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara mengenai sebarang perkara yang boleh menggugat negara.
"Benar, saya bertanggungjawab dengan kata-kata saya. Saya
bertanggungjawab dengan 'Freedom Of Speech' saya. Saya bertanggungjawab
dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan."
"Saya juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita
diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai
yang menyalah anggap tetapi ada juga yang mengerti. Saya tidak mengupah
sesiapa dalam berkomunikasi di sosial media. Ini suara saya. Suara hati
saya antara 30 juta rakyat Malaysia," tegas beliau lagi.
Bagaimanapun kerana kritikan yang diterima sebelum ini Nurul menyatakan
dia sudah memaafkan mereka yang telah menghina kelaurganya dan memohon
kepada tuhan supaya seluruh keluaga dan keturunannya dilindungi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment