Monday, September 21, 2015
Sikap Rasulullah SAW Yang Wajar Di Contohi Oleh Semua
Sikap Rasulullah adalah sebaik-baik manusia yang harus diteladani dan
dicontohi baik segala aspek.
Sebagaimana kita ketahui akhlak rasulullah
saw adalah Al-Quran. Maka marilah kita meniru sikap Rasulullah saw yang
harus diteladani dan dicontohi oleh semua umat islam di dunia seperti
berikut.
Rasulullah saw jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw yang akan
menampal atau menjahitnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Rasulullah
saw juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga untuk dijual di
pasar.
Apabila Rasulullah saw pulang ke rumah bila dilihatnya tiada makanan
yang siap untuk dimakan sambil tersenyum Rasulullah saw menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Rasulullah saw sangat
rajin mambantu urusan rumahtangganya. Apabila Rasulullah saw mendengar
azan, Rasulullah saw akan cepat-cepat pergi ke masjid dan cepat-cepat
pulang apabila selesai solat.
Pernah suatu hari, ketika pulang dalam keadaan yang sangat lapar dilihat
tiada disediakan sarapan atau makanan untuk dimakan. Apabila ditanya
Aisyah ra dengan rasa serba salah menyatakan bahawa hari itu beliau
belum masak lagi. Rasulullah saw sedikit pun tidak tergambar diwajahnya
sungguh kesal dan kecewa. Malah Rasulullah saw lantas terus mengatakan
beliau berpuasa sahaja pada hari itu.
Sebaliknya, Rasulullah saw sangat marah apabila melihat suami yang
memukul isteri. Pernah Rasulullah saw menegur , "Mengapa engkau memukul
isterimu?"
Lantas dijawab oleh lelaki itu,"Isteriku sangat keras kepala walaupun
telah diberi nasihat beberapa kali tetapi dia berdegil lalu aku
memukulnya."
"Aku tidak bertanyakan alasanmu," jawab Rasulullah saw. Aku bertanya
kenapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu.
Rasulullah saw bersabda:"Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin , sabar dan tawaduk baginda Rasulullah saw dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu hari, ketika Rasulullah saw menjadi imam solat. Para sahabat
mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
Rasulullah bergesel antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan
melihat keadaan Rasulullah saw itu lantas bertanya apabila selesai
solat berjemaah.
Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Maka terkejutnya para
sahabat apabila melihat perut Rasulullah saw yang kempis serta terlihat
sehelai kain yang berisi batu kerikil yang dililit pada perut Rasulullah
saw. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap
kali tubuh Rasulullah saw bergerak ketika solat.
Ya Rasulullah saw, apabila tuan menyatakan rasa lapar dan tidak
mempunyai makanan pasti kami akan mendapatkannya untukmu Rasulullah?"
Lantas Rasulullah saw menjawab,"Aku tahu engkau semua rela berkorban
demi Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab nanti di hadapan Allah
SWT sebagai pemimpin yang menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah lapar ini menjadi hadiah Allah SWT buatku, agar tidak ada
umatku yang kelaparan di dunia apatah lagi kelaparan di akhirat kelak."
Baginda Rasulullah saw tidak rasa canggung atau kekok sedikit pun makan
disebelah seorang tua yang berkudis, miskin dan kotor. Baginda sangat
penyabar bila kolar bajunya direntap dengar kasar oleh seorang Arab
Badwi sehingga berbekas merah di Rasulullah saw. Rasulullah saw berlemah
lembut dengan Arab Badwi yang bersikap kasar dan menengking baginda.
Kecintaan Rasulullah saw yang sangat tinggi terhadap Allah SWT dan
dengan rasa kehambaan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah SWT
sedikit tidak membuatkan untuknya merasa lebih daripada orang lain
ketika berhadapan dengan orang ramai maupun berseorangan.
Sekalipun pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuknya Baginda
Rasulullah saw masih berdiri bertahajud di malam hari sehingga
bengkak-bengkak kakinya. Ketika ditanya Aisyah ra..., lalu di jawab oleh
Rasulullah saw ,"Ya Aisyah bukankah aku ini hamba? Sesungguhnya aku
ingin menjadi hambaNya yang bersyukur."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment