MUAR : Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, konsep berkongsi kuasa masih lagi dipegang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Jelasnya lagi, UMNO dan BN sentiasa percaya kepada konsep kepelbagaian dalam pentadbiran untuk berkongsi kuasa dan kerana itulah beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa UMNO dan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu adalah rasis.
“Konsep berkongsi kuasa ini dipegang kuat oleh BN. Yang kita tidak boleh terima adalah penghinaan terhadap orang Melayu.
“Seperti contoh bangunan ini (bangunan baru UMNO bahagian Muar)…. Bilik BN juga ada di sini. Jadi kita tidak rasis,” ujarnya dalam ucapan perasmian bangunan baru UMNO Muar, di sini hari ini.
Tambahnya lagi, UMNO adalah sebuah parti yang ada kekuatan dan kekuatan itulah yang memperteguhkan parti.
“Apa yang memperkuatkan parti? Yang memperkuatkan parti adalah roh perjuangan parti. Jangan kita berpolitik sesama sendiri. Jangan kerana marahkan nyamuk rumah pula yang nak dibakar.
“Inilah yang kita kena jaga.. Warisan kita.. mewarisi roh perjuangan UMNO… Kita perlu terus melangkah ke hadapan dan jangan sibuk nak cari salah sana sini,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment