Wednesday, October 28, 2015

Bersama Kita Kenali Harumanis, Tembikai dan Petai Di Dalam PAS

EDITOR MENULIS...
28 OKTOBER 2015
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWM5Zx5zCBtqNzUVzAUf80RgKrOFF5k13zqA5vNmLAHfZD6jD426-B0bmov6b79QMpowFbS_-Fs7MdGwrbRoO4I2XLQJFNGjcFV6VjYswmWy9QBQlf6ESd2L1lhFNB6XhV4sDohuekW1-4/s1600/capture-20131027-212258.png
Sudah menjadi lumrah di kedai kopi, perbincangan atau perdebatan hangat berkenaan politik kadang kala lebih hebat berbanding apa berlaku di Parlimen. Sungguh pun berstatus “ahli parlimen kedai kopi”, kadang-kadang hujah-hujah mereka punya kekuatan tersendiri. Tidak ketinggalan yang menggelikan hati.

Malam tadi, saya berkesempatan tumpang sekaki dalam perdebatan hangat, diantara individu-individu yang saya percaya mewakli UMNO, PAS dan PAN.  Dalam “kepanasan” tersebut, saya tertarik dengan 3 golongan di dalam PAS yang turut dibahaskan berikutan kenyataan Hadi Awang bahawa PAS sedia untuk bekerjasama dengan UMNO.

Menurut salah seorang dari “ahli parlimen”, kini ahli-ahli dan pimpinan Pas terbahagi kepada 3 jenis kategori:

HARUMANIS
 
Golongan ini digambarkan sebagai “luar hijau tetapi dalam oren”, yang bermaksud masih lagi bersama PAS, tetapi sebenarnya sudah lama “bernikah” dengan Amanah. Kategori harumanis ini kononnya mahal harganya sebab berkualiti tinggi dan perlu dipujuk agar terus bersama PAS. Mahfuz Omar, Husam Musa, dan Idris Ahmad, tentu senyum sumbing kalau terbaca kategori ini.

TEMBIKAI
 
Golongan kedua pula digambarkan sebagai “luar hijau tapi dalam merah”. Ia merujuk kepada golongan yang mengenakan kopiah dan jubah dan hati mereka mesra Umno. Puak tembikai ini perlu pegang elok-elok, sebab jika jatuh tembikai mudah hancur seperti terjadi pada Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali. Dr. Zuhdi Marzuki mungkin kenal dan faham tentang golongan tembikai ini.

PETAI
 
Golongan ini adalah totok PAS; “luar Pas dalam pun Pas”. Golongan ini sememangnya Pas tulen yang sudah terbiasa cakap ikut sedap mulut. Mudah menuduh orang lain munafik sebagai permainan politiknya. Sebab itu sesuai mewakili kategori petai; mulut busuk.

Sebenarnya, saya memang tidak tahan dengan gaya penyampaian si “ahli parlimen” yang benar-benar menggelikan hati serta membuat “ahli-ahli parlimen” lain merah padam dengan hujahnya.

Mujur sahaja saya tidak ketawa terbahak-bahak, kerana khuatir penumbuk singgah di muka.

Dusshum !!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment