Thursday, October 29, 2015
Shahidan Kassim Pertahankan Muhyiddin?
Heboh diperkatakan mengenai satu kenyataan dari Ketua Umno bahagian
Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang mendakwa bahawa wujudnya satu
komplot atau gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai timbalan presiden Umno.
Menjawab pertuduhan tidak masuk akal tersebut, Ahli Majlis Tertinggi
Umno Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar dakwaan wujudnya komplot
menggulingkan timbalan presiden sebagai satu berita palsu.
"Sebagai ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Perlis, saya tidak pernah
dengar ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan timbalan presiden,"
katanya.
Dakwaan yang dilemparkan oleh Jamal tersebut boleh dikatakan sebagai
satu khabar angin yang hanya mahu memburukkan akar umbi parti Umno.
Shahidan turut menegaskan bahawa jika Jamal mempunyai bukti yang kukuh,
sila kemukakan bukti tersebut kepada Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor.
Dan jika Jamal tidak mempunyai bukti yang boleh diguna pakai, jadi
seeloknya wajar bagi Jamal untuk menutup mulut daripada terus menerus
mengeluarkan kenyataan yang hanya boleh melaga-lagakan ahli parti.
"Umno bukan parti samseng, tetapi parti yang sentiasa mengamalkan cara Islam," katanya lagi.
Jika benar wujudnya satu konspirasi untuk menggulingkan timbalan
presiden itu, pastinya mereka akan dikenakan tindakan disiplin yang
tegas oleh presiden parti. Desas desus mengenai komplot menggulingkan
Muhyiddin dari parti Umno tersebar semenjak dia dipecat dari jawatan
timbalan perdana menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment