Thursday, October 29, 2015
Jika UMNO & PAS Bergabung, Orang Melayu Dalam AMANAH Dan DAP Akan Menggelabah
Tahukah anda, jika UMNO dan PAS bergabung kerjasama dalam politik, para
pemimpin Melayu di dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP pasti akan
mengelabah kerana perkara yang pada minda mereka mustahil berlaku boleh
berlaku.
Bagi bekas pemimpin PAS yang berada dalam AMANAH, mereka yang paling
berada dalam dilema kerana tergoda dan terpedaya dengan kata-kata manis
DAP mereka akan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menawan
Putrajaya.
Putrajaya entah ke mana, tetapi dua parti bangsa mereka sendiri pula
tiba-tiba bersatu. DAP pada masa itu juga akan goyah kerana pada mereka
PAS dan UMNO sudah berjaya dilagakan sehingga tidak boleh bergabung
tetapi ia sama sekali tidak benar.
Ketika ini, petanda laluan ke arah itu sudah pun terbuka apabila bekas
Timbalan Presiden PAS yang masih ahli PAS Nasharuddin Mat Isa telah
dilantik untuk menjadi CEO sebuah NGO Yayasan Pergerakan Kesederhanaan
Global (GMMF) berkuatkuasa 1 November depan.
Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam
satu sidang media di Parlimen semalam sudah secara terbuka berkata sedia
bekerjasama dengan UMNO dan BN untuk perkara yang baik dan mengutamakan
rakyat.
Sejak bila agaknya BN tidak mengambil langkah yang tidak mengutamakan rakyat??
Pada ketika itu, akan dilihat AMANAH akan menjadi kucar-kacir dan
beberapa pemimpin yang tidak teguh pendirian dan masih sayangkan Melayu
akan keluar dari DAP sedikit demi sedikit.
Dalam politik, apa sahaja tidak mustahil.
Harus diingat, DAP dan puak pakatan mereka tidak akan memberikan ruang mudah untuk perkara itu berlaku dan menjadi kenyataan.
BN dan UMNO yang sudah berpecah ini pun mungkin akan disiat-siat lagi
oleh DAP dengan pelbagai hasutan dan ugutan demi terus memastikan bangsa
Melayu berpecah.
Pelantikan Nasharuddin hari ini dianggap penganalisis politik sebagai
satu petanda baru ke arah penyatuan bangsa Melayu yang sudah dinantikan
sebegitu lama antara PAS dan UMNO.
Kita bukan tak tahu, parti AMANAH itu merupakan pemimpin Melayu yang
serpihan dari PAS yang kalah dalam pemilihan parti dan merajuk kerana
tidak mendapat tempat dalam parti.
Mereka umpama “kelekatu yang terpedaya dek sinaran lampu neon” yang kelak akan mati kerana kepanasan lampu berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment