Thursday, October 29, 2015
Rupa-Rupanya Rafizi Bodoh Dalam Matematik
Sungguh tidak disangka, rupa-rupanya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
sebenarnya adalah seorang yang lembab dalam mengira. Mungkin masa dia di
sekolah dahulu matematik fail kot… Sebab tu nak mengira pun tak
pandai,
Kebengapan Rafizi dalam matematik terserlah apabila dia mengeluarkan
satu dakwaan bahawa kerajaan akan mengutip cukai barang dan perkhidmatan
(GST) sebanyak RM19 untuk sehari bagi setiap isi rumah. Rafizi juga
menuduh kerajaan memperoleh cukai GST lebih banyak berbanding pemberian
kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan bermula tahun depan.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Naib Presiden PKR itu sengaja
memutar belitkan fakta dengan tujuan mahu menghasut rakyat. Sudah la
matematik lembab… lepas tu busuk hati pulak nak tuduh kerajaan
macam-macam.
Menjawab pertuduhan tersebut, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad
menyifatkan pengiraan yang dibuat oleh Rafizi itu adalah sangat tidak
logik dan tidak masuk akal langsung. Orang biasa mana mampu nak
berbelanja beratus-ratus sehari jika dia mengatakan bahawa kerajaan
kutip RM19 sehari bagi setiap isi rumah yang bertaraf orang biasa.
"Bagi saya, orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke
bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena
belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan
perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya.
Hahahahha… kan tak logik langsung la pengiraan Rafizi ni. Mungkin dia
guna formula yang diberikan DAP kot hahaha! Percaya sangat dengan
pengiraan Rafizi ni entah-entah ini satu lagi taktik untuk menipu dan
mengaburi mata rakyat.
Mengira pun tak reti macam mana la boleh jadi Setiausaha Agung Parti
Keadilan Rakyat (PKR). Hahaaaaa, tapi tak mustahil kalau ada ramai lagi
ahli PKR yang otak lembab macam Rafizi, tengok Presiden PKR sudah laaa…
Yang tu pun slow jugak media tanya lain dia jawab lain, haishh...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment