Wednesday, October 28, 2015
Malaysia Kekalkan Kedudukan Dalam Laporan Menjalankan Bisnes Bank Dunia 2016
Malaysia telah mengekalkan kedudukan ke-18 daripada 189 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2016 Bank Dunia (DB 2016).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, kedudukan itu membuktikan bahawa Bank Dunia memperakui
kejayaan penambahbaikan dalam proses kawal selia negara ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, Malaysia kekal di kalangan
20 ekonomi teratas di dunia, walaupun ketika negara lain terpaksa
bertahan daripada tekanan ketidaktentuan ekonomi global.
DB 2016 meletakkan Malaysia mendahului Switzerland (26), Perancis
(27), Belanda (28), Jepun (ke-34), Emiriyah Arab Bersatu (31), Thailand
(49), China (84) dan India (130), manakala di dalam ASEAN, Malaysia
menduduki tempat kedua, di belakang Singapura.
“Ini merupakan satu lagi pengesahan mengenai keberkesanan usaha
kerajaan dalam memperbaiki ketidakcekapan operasi dan kajian semula
prosedur serta peraturan-peraturan di bawah Program Transformasi
Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi,” katanya dalam satu
kenyataan.
Mustapa berkata, pengiktirafan ini juga membuktikan kejayaan usaha Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment