Wednesday, October 28, 2015
Polisi Pendidikan Muhyiddin Punca Org Muda Gagal Tapis Maklumat Dgn Baik
Penerangan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB,
Arul Kandasamy malam tadi mengenai dakwaan kaitan kejatuhan Ringgit
dengan 1MDB, sebetulnya bukanlah baru. Kita kat sini dah cakap lama dah
bohong saja semua tu, bukan ada kaitan sama sekalipun.
Tapi kenapa ramai juga yang percaya,
terutama di kalangan generasi muda yang memenuhkan ruang komen media
soslal dengan pembohongan yang sama? Nak kata mak bapak, ramai mak
bapak kat negara ni. Jadi apa punca sebenarnya?
Kita melihat, semua ini disebabkan
oleh kegagalan sistem pendidikan yang diuruskan Muhyiddin Yassin sebagai
Menteri bermula 2009. Tindakannya menyusahkan guru-guru dengan bebanan
baru seperti mengemaskini data dalam sistem 1Bestari.Net telah
menyebabkan guru kurang masa atau lebih teruk lagi, mengabaikan terus
aspek sahsiah murid-murid.
Akibatnya, ramai di kalangan generasi
lepasan sekolah hari ini, menjadi kurang cerdik dan mudah menerima
pembohongan seperti yang disebutkan di atas. Dah masa sekolah dulu tak
didik dengan betul, bila besar menyusahkan kerajaan dan mak bapak
sendiri.
Ini ada logiknya sebab semua orang berada dalam sistem yang sama, salah disitu, salahlah semunya.
Sepatutnya semakin maju zaman, semakin
meningkat kesedaran orang-orang muda akan keperluan menapis berita yang
diterima dalam media sosial, tapi nampaknya itu tidak berlaku. Walaupun
hanya segelintir terlibat dari berjuta yang ada, tapi cukuplah untuk
menampakkan negara ni macam dah huru hara dengan penyebaran
berita-berita palsu.
1MDB punca duit jatuh ni sebagai contoh.
Elok pulak lagi golongan dewasa dan tua
kerana tidak menerima bulat-bulat apa yang disebarkan melalui media
sosial. Orang muda jangan sebut, yang cepat viral walaupun 70% darinya
tidak betul sekarang ni, adalah kerana golongan muda ini menjadi agen
penyebarannya. Terima, forward, terima, forward, betul tak betul
belakang kira.
Kenapa jadi macam itu? Sebab masa
sekolah dulu kurang didedahkan dengan masalah sahsiah ini. Polisi
pendidikan Muhyiddin dulu hanya mengutamakan angka dan angka semata-mata
sebagai bukti pencapaian. Aspek-aspek lain yang tidak kurang penting,
langsung atau sedikit sangat yang diberikan keutamaan.
Murid didedahkan dengan komputer, dengan
internet tapi penggunaan yang betul, langsung tak diterapkan. Dah
cikgu pun sibuk buat kerja kerani, mana nak ada masa.
Rakyat berharap, Menteri Pendidikan yang
baru, Datuk Seri Mahadzir Khalid dapat mengubah keadaan ini. Mahadzir
sudah bermula dengan langkah kanan apabila memperkenalkan jawatan
pembantu guru untuk mengurangkan beban guru dengan sistem 1Bestari.Net.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment