Thursday, October 29, 2015
Debat : Hello Tony Pua… Nazri Kata Wajib Letak Jawatan Ahli PAC
Sebagai menteri yang pernah jaga urusan Parlimen selama hampir 10
tahun,sudah pasti Datuk Seri Nazri Aziz cukup mahir tentang peraturan
apa yang boleh dan tidak boleh di Parlimen.
Kalau dengar cakapnya maka Ahli Parlimen DAP Tony Pua tidak boleh main
pandai-pandai dakwa beliau tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya mahu berdebat dengan
CEO 1MDB Arul Kanda mengenai isu 1MDB.
Nazri yang kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak teragak-agak
kata Tony Pua wajib letak jawatan ahli PAC untuk tujuan itu.
Ditemui wartawan di lobi parlimen Khamis,beliau kata, "Badan itu (PAC)
sedang menyiasat, bagaimana anda nak berdebat apabila anda masih menjadi
anggota? Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak
jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda.”
Senada dengan Nazri, Datuk Liang Teck Ming (BN-Simpang Renggam),
menegaskan Tony Pua perlu menghormati institusi Parlimen kerana beliau
ialah anggota PAC dan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.
Dalam kenyataan diedarkan di lobi Parlimen hari ini, Liang berkata tiada
Parlimen di dunia yang akan membenarkan perkara seumpama itu.
"Mengadakan debat yang disiarkan secara langsung di TV berkaitan perkara
yang sedang disiasat oleh Parlimen merupakan satu penghinaan kepada
Parlimen.
"Sekiranya ini merupakan kes undang-undang, ia adalah sama seperti
anggota juri atau hakim berhujah dengan tertuduh di mahkamah dan
disiarkan secara langsung di TV," katanya.
Sementara itu sebilangan Ahli Parlimen lain yang ditemui wartawan juga
menegaskan Tony Pua mesti letak jawatan jika hendak berdebat dengan Arul
Kanda.
Dalam kenyataannya Khamis, Arul Kanda berkata beliau bersedia bersemuka
dengan Tony Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat
melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.
Bagaimanapun Ahli Parlimen DAP itu menolaknya dan menyifatkan syarat itu tidak masuk akal.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment