Friday, October 30, 2015
Justo Akan Saman Beberapa Individu Di Singapura
BANGKOK : Warga Switzerland, Xavier
Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand
kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan
menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya
serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.
Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd,
Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown
memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber
yang berkaitan dengan kes itu.
Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 November ini.
Saman itu akan difailkan di Singapura
kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah
diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.
Justo mengaku mencuri data berjumlah 90
gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai
sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.
Apabila percubaan pemerasan itu gagal,
dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan
telah menawarkan kira-kira AS$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap
pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum
menerima bayaran itu.
Pada Isnin, Justo memohon ikat jamin
tetapi permohonannya ditolak oleh mahkamah. Justo dijangka memfailkan
permohonan baharu untuk ikat jamin pada minggu depan.
Di KUALA LUMPUR, peguam Kevin Joshua
berkata, Justo tidak mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana dia
“tidak mempunyai kepentingan terhadap barangan itu” untuk membuat
sebarang tuntutan.
“Ia seperti seorang perompak menyaman
tukang emas yang membeli barang kemas yang dicurinya,” kata rakan guaman
di Kevin and Co itu.
“Walaupun dia mungkin mempunyai hak
untuk memulakan tindakan saman, persoalannya ialah sama ada ia dapat
diterima, dan ia bergantung kepada pengakuan apa yang dibuat.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment