Thursday, October 29, 2015
“1MDB Berhantu, Malapetaka” - MP Sungai Petani... Kau Orang Yang Tabur Fitnah
Orang lain buat mudahnya tunjuk kesalahan...sedangkan semua nya ini
sengaja dihebah hebahkan cerita tidak betul kepada masyarakat.
KUALA LUMPUR : Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) telah menjadi isu ‘berhantu’ dan ‘malapetaka’ di negara ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul berkata ramai
pemimpin politik dan pegawai kerajaan telah menerima kesan sejak isu ini
ditimbulkan beberapa tahun lalu.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang mula bercakap tentang 1MDB, akhirnya dia dipenjara.
“Yang kedua isu ini dibawa oleh ‘Pagoh’ (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan
Semporna (Datuk Seri Shafie Apdal), apa jadi…mereka juga kena pecat,”
katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di
persidangan Dewan Rakyat, di sini, Rabu.
Beliau berkata, 'malapetaka' turut diterima oleh beberapa individu lain
seperti bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas timbalan
ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dan beberapa
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengkritik
atau mempunyai kaitan dengan siasatan syarikat itu.
“Laporan lengkap 1MDB dibawa kepada Tan Sri Abdul Gani, apa jadi pada
dia? Pecat juga dan diganti dengan AG baharu yang sudah berumur lebih 65
tahun.
“Alasan (pecat) dia sakit, walhal dia sendiri tak tahu pun dia sakit,” katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai pengesahan Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti
Akhtar Aziz pada 31 Ogos lalu bahawa tujuh pegawainya yang menyiasat
1MDB telah dipanggil polis untuk disiasat.
“Itulah nama-nama yang menerima malapetaka kalau sebut 1MDB,” katanya.
Dalam pada itu beliau mendakwa, terdapat empat individu yang mendapat ‘rahmat’ apabila menyebut 1MDB.
Mereka ialah Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen
Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dimasukkan ke dalam
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan
kabinet Julai lalu.
Johari berkata, isu 1MDB telah dibincangkan di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia.
“Di Malaysia ‘business as usual’, asalkan rakyat tenang, terima dan pasrah mengenainya,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment