Thursday, October 29, 2015
UiTM Sanggah Dakwaan Rafizi... Kerja Nak Menipu saja
SHAH ALAM : Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyanggah tuduhan
pembangkang bahawa kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion
bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam, di sini.
Universiti itu menerusi kenyataan berkata, kenyataan Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan projek
tersebut adalah tidak benar dan ditokok tambah.
"UiTM amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh YB
Rafizi berkenaan cadangan pembangunan Hospital Pengajar dan Fakulti
Perubatan UiTM secara Private Finance Initiative (PFI) di Puncak Alam
itu.
"UiTM belum menandatangani apa-apa perjanjian konsesi dengan mana-mana syarikat konsesi yang berkaitan dengan hospital tersebut.
"Draf perjanjian konsesi akhir tersebut telah dihantar kepada UiTM pada
14 Julai lepas dan telah dibincangkan secara teliti oleh Lembaga
Pengarah UiTM pada 22 Oktober lepas," katanya.
Menurut universiti itu, draf perjanjian konsesi tersebut masih diteliti
dengan lebih terperinci bagi memastikan kepentingan UiTM terpelihara.
Hospital itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 11.28 hektar (28.19 ekar) dan mempunyai 400 buah katil, katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan
dalam proses untuk menyerahkan projek pembinaan hospital itu kepada ahli
perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno.
Beliau mendakwa projek pembinaan hospital itu menelan belanja RM599 juta
tetapi kerajaan menyerahkan projek berkenaan dengan harga RM8.2 bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment