Wednesday, October 28, 2015
182 Majikan Gagal Bayar Gaji Minimum Dihadap Ke Mahkamah
KUALA LUMPUR : Sebanyak 182 majikan telah dihadapkan ke mahkamah
manakala 122 majikan telah disabitkan atas kesalahan gagal membayar gaji
minimum, sehingga 31 Ogos lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, kesemua
majikan berkenaan berjaya dikenal pasti oleh Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam menguatkuasakan Perintah Gaji
Minimum 2012.
“Penahanan kesemua majikan itu adalah pencapaian yang baik dan usaha
tersebut harus diteruskan dengan lebih aktif pada masa akan datang
kerana saya percaya tugas akan lebih mencabar pada 1 Julai tahun depan,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment