Thursday, October 29, 2015
Sudah Terbalik Pulak.... DAP Ugut Mahu Saman RoS
KUALA LUMPUR : DAP mengugut menyaman Pendaftar Pertubuhan (RoS) berikutan
kelembapan “tidak munasabah” siasatannya terhadap pemilihan
Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) parti berkenaan.
Bercakap di sidang akhbar hari ini, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh berkata, siasatan RoS itu sudah mengambil masa dua tahun.
Katanya, siasatan RoS terlalu lama itu adalah “melampau dan tidak munasabah”.
“Kami akan menimbang mengambil tindakan undang-undang jika tiada penjelasa diberikan dalam masa terdekat,” katanya.
“Ia satu pilihan untuk memastikan sama ada kelambapan itu wajar atau tidak,” tambahnya.
Gobind yang juga mengetuai Biro Undang-Undang DAP berkata, RoS harus
mengambil kira impak siasatan yang terlalu lama terhadap pentadbiran DAP
sebagai sebuah parti politik.
“CEC hanya mempunyai tiga tahun sepenggal,” tambahnya.
Pagi tadi, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Seremban, Anthony
Loke, Menteri Dalam Negeri berkata, RoS masih meneruskan siasatannya
kerana DAP tidak mengambil tindakan pembaikan yang dinasihatkan oleh
RoS.
Ketika bercakap kepada wartawan, Loke menafikan dakwaan dan berkata, DAP
telah mengambil tindakan disarankan sehingga mengadakan pemilihan baru
CEC.
“Kami mempersoalkan niat sebenar mereka,” katanya.
“Adakah mereka menunggu sehingga pilihan raya akan datang bagi
mengumumkan di saat akhir DAP tidak boleh menggunakan lambang roketnya?
Saya mengesyaki ini adalah agenda politik Barisan Nasional,” tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment